Saturday, March 8, 2014

Tempat keluarnya Dajjal

Dajjal akan keluar dari arah timur, dari Khurasan, dari kampung Yahudiyyah kota Ashbahan. Kemudian mengembara ke seluruh penjuru bumi. Maka tidak ada satu pun negeri yang tidak dimasukinya kecuali Mekah dan Madinah, kerana kedua kota suci ini dijaga oleh malaikat.

Dalam hadis Fatimah binti Qais terdahulu disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda mengenai  Dajjal :

Ketahuilah bahawa dia berada di laut Syam atau Laut Yaman. Oh tidak, bahkan ia akan datang dari arah timur. Apa itu dari arah timur...Dan baginda berisyarat dengan tangannya menunjuk ke arah timur.
          (sahih Muslim 18: 83)

Diriwayatkan dari Abu Bakar As-Siddiq r.a, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami:

Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur yang bernama Khurasan.
          (Jami' Tirmidzi dengan syarahnya Tuhfatul Ahwadzi, Bab Maa Saa-a min Aina Yakhruju 
           Ad-Dajal  6: 495. Al-Albani berkata, "Sahih" Vide : Sahih Al-Jami' Ash-Sha-ghir 3: 150,
           Hadis nombor 3398)

Dari Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda :

Dajjal akan keluar dari kampung Yahuddiyah Kota Ashbahan bersama tujuh puluh ribu orang Ashbahan.
         (Al-Fathur Rabbani Tartib Musnad Ahmad 24:73. Ibnu Hajar berkata, "Sahih." Periksa:
          Fathul-Bari 13: 32. Ibnu Hajar berkata " Adapun mengenai tempat dari mana ia keluar ?
          Maka secara pasti ia akan keluar dari kawasan timur. " (Fathul-Bari 13: 91)

Ibnu Katsir berkata, "Maka Dajal akan mula muncul dari Ashbahan, dari suatu kampung yang bernama Al-Yahudiyyah. "
        (An-Nihayah Fil Fitan wal Malahim 1: 128 dengan tahqiq Dr. Thaha Zaini)


 
 

No comments:

Post a Comment