Saturday, March 8, 2014

Ibadat Adalah Hubungan Langsung Antara Hamba Dengan Allah


Ibadat di dalam Islam ialah merupakan pertalian terus menerus antara hamba dengan Allah s.w.t tanpa perantaraan baik dengan orang biasa atau golongan ulama. Dalam hubungan ini, seorang manusia sewaktu menyembah Allah s.w.t bebas daripada sebarang perantaraan atau wasitah dan tempat kerana semua tempat yang suci di bumi boleh digunakan untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.

Bagi mencapai matlamat menghubungkan seorang hamba dengan Allah s.w.t tidak memerlukan tempat-tempat tertentu atau wasilah seperti terdapat di setengah-setengah agama lain.

Firman Allah s.w.t : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu darihal-Ku, maka (beritahu kepada mereka ) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka menjadi baik serta betul.

No comments:

Post a Comment