Saturday, March 8, 2014

7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu: 



  • Pemerintah yang adil 
  • Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
  • Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid 
  • Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. 
  • Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah 
  • Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah” 
  • Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya 
  • Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya. 

(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)

No comments:

Post a Comment